5 Manfaat Memakan Jambu Batu. Perempuan Mesti Suka No 1 Dan No 5..

Jambu batu atau jambu biji (Psidium Guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga “Myrtaceae”.

Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan Tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub Tropika. Di Malaysia, kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

Pokok jambu ini sederhana besar dan setinggi 10 meter. Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia. Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari. Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan. Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu untuk mendapat kesan yang baik.

Ia perlu dimakan bersama kulitnya sekali kerana mengandungi khasiat yang tinggi. Selain dimakan begitu sahaja, buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya. Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.

  1. Kurangkan Berat Badan

Jambu batu amat membantu anda yang menguruskan badan tanpa mengganggu pengambilan protein, vitamin dan serat anda seharian. Jambu batu yang kaya dengan mineral dan vitamin, juga amat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan kerana ianya tidak mengandungi kolestrol dan rendah kandungan karbohidrat. Selain itu, jambu batu juga mengandungi kurang kandungan gula berbanding buah epal, oren dan anggur. Dengan memakan jambu batu, ia dapat membantu anda untuk berasa lebih kenyang dalam tempoh masa yang panjang dan mengurangkan lemak tepu didalam tubuh badan anda.

  1. Memperbaiki Penglihatan

Vitamin A amatlah penting untuk mempunyai penglihatan yang baik dan jambu batu antara salah satu buah-buahan yang kaya dengan sumber vitamin tersebut. Vitamin A yang terkandung didalam jambu batu dapat memperlahankan pembentukan katarak dan menghalang penglihatan anda menjadi kabur. Bagi anda yang mengalami simptom rabun ayam iaitu tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam, disarankan untuk anda mengamalkan pemakanan yang mempunyai Vitamin A seperti jambu batu atau lobak merah.

  1. Meningkatkan Sistem Imunisasi

Dengan memakan 1 buah jambu batu yang bersaiz sederhana dapat membekalkan anda vitamin C 2 kali lebih banyak daripada keperluan tubuh badan anda seharian. Vitamin C amat penting untuk tubuh badan anda kerana ianya bertindak sebagai bahan antioksida dan meningkatkan tahap ketahanan badan anda untuk melindungi anda daripada jangkitan kuman.

  1. Mengawal Tekanan Darah

Jambu batu yang kaya dengan vitamin A dan kalium (potassium) dapat membantu anda dalam mengurangkan tahap kolestrol didalam darah anda dan menghalang darah anda daripada menjadi pekat dan seterusnya dapat mengawal tekanan darah anda. Kalium (potassium) yang banyak terkandung didalam jambu batu adalah kunci untuk mengekalkan fungsi semua otot-otot didalam tubuh badan termasuk jantung anda. Selain itu, vitamin C yang terkandung didalam jambu batu juga membantu anda dalam membaiki dan pertumbuhan tisu-tisu badan. Selain itu, jambu batu juga kaya dengan vitamin E, K, dan B6 yang penting untuk pembentukkan darah.

  1. Kulit Yang Cantik

Kaya dengan vitamin C dan bahan antioksida, jambu batu memainkan peranan yang penting untuk memperbaiki tekstur kulit anda dan menghalang anda daripada mengalami masalah kulit. Bahan antioksida yang terkandung didalam jambu batu dapat membantu anda untuk menghalang kulit anda daripada proses penuaan. Ia membuatkan kulit anda bersinar-sinar dan menghalang kedutan dikulit anda. Bagi anda yang mempunyai masalah bintik hitam diwajah, anda boleh cuba tumbuk sehingga hancur daun daripada pokok jambu batu dan sapukan diwajah anda. Dengan mengamalkannya setiap hari, bukan sahaja merawat bintik hitam tetapi ianya juga merawat jerawat diwajah anda.

Sumber

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 1,246 times, 13 visits today)