5 Biskut Coklat Sedap DiJadikan Kudapan. Kaya Rasa Koko Sedap

Syawal masih ada lagi 10 hari lagi. Biskut pulak semuanya dah tinggal seredak. Ni dah boleh rentas negeri bolehlah saudara mara datang berkunjung. Tentunya tiada yang lebih menggembirakan dapat mengunyah biskut yang kaya rasa coklat dan koko sambil bersembang bertanya khabar kan.

Tapi ingat tau, ikut SOP dok jauh dan jangan bersesak ramai dalam rumah tu,apa pun bagi siapa yang nak balik kampung boleh aje jadikannya sebagai buah tangan. Jom cuba biskut berasakan koko dan coklat ini.

1. SWEET HEART COOKIES

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

  • 180gm mentega
  • 80gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila

BAHAN B:

  • 220gm tepung gandum
  • 60gm tepung jagung
  • 20gm tepung kastard
  • 100gm badam cincang

BAHAN HIASAN:

  • Coklat masakan
  • Coklat urai

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
2. Putar bahan A sehingga sebati.
3. Masukkan bahan B dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
4. Canai dan terap dengan penerap biskut berbentuk hati.
5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Biarkan biskut sejuk dan hias biskut dengan coklat masakan yang telah dicairkan. Tabur coklat urai di atasnya.
7. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Saiz hidangan : 50-60 keping
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Rasa coklat rangup dengan kastad yang rapuh
Jenis masakan : Biskut
Anggaran kos : RM 25

INFO CHEF: Untuk lebih menarik boleh gunakan cip warna-warni.

2. HAWAIAN WHITE CHOCOLATE COOKIES

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 100gm gula halus
  • 240gm tepung gandum
  • 80gm tepung jagung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 60gm susu tepung
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 150gm buah campuran
  • 40gm cornflakes
  • 40 gm kelapa kering
  • 60gm white chocolate chips
  • 50gm badam nibs
  • 1 biji telur

BAHAN HIASAN:

  • Coklat putih secukupnya
  • Serbuk roti secukupnya
  • Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.Masukkan telur dan vanila, sebatikan.
3.Masukkan bahan-bahan yang lain, uli hingga sebati.
4.Bulatkan dan masukkan ke dalam cawan kertas.
5.Bakar selama 15 minit suhu 160 darjah Celcius.
6.Setelah sejuk, paipkan coklat putih dan taburkan dengan serbuk roti.
7.Simpan di dalam bekas kedap udara.

Saiz hidangan : 50-60 keping
Waktu memasak : 1 jam
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Sedap dengan buah-buahan dengan cornflakes dan kelapa kering
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 22

INFO CHEF: Serbuk roti memberikan rasa yang lebih lazat

3. CRUNCHY CHOCOLATE COOKIES

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

  • 125gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 90gm gula ising
  • 1/2 sudu teh esen vanila

BAHAN B

  • 100gm tepung Hong Kong
  • 100gm tepung gandum
  • 30gm tepung kastard
  • 25gm serbuk hazelnut

BAHAN HIASAN:

  • Coklat masakan secukupnya
  • Serbuk roti secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Putar Bahan A hingga sebati.
2. Masukkan semua Bahan B dan gaul sebati.
3. Canai doh dan terap mengikut bentuk yang dikehendaki.
4. Bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 15 hingga 20 minit.
5. Keluarkan dan setelah sejuk, salutkan dengan coklat masakan dan gaulkan dengan serbuk roti.
6. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Saiz hidangan : 50-60 keping
Waktu memasak : 1 jam
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Keenakan hazelnut dan tepung kastad yang cair di mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM26

INFO CHEF: Anda boleh bentukkan mengikut cita rasa masing-masing.

4. BISKUT CIP COKLAT NEOPOLITAN

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm mentega
  • 65gm gula kastor
  • 85gm gula perang
  • 1 biji telur ayam gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 20gm oat |kisar halus
  • 20gm badam cincang
  • 50gm cip coklat
  • 50gm cip coklat ‘butterscotch’
  • 50gm cip coklat strawberi

BAHAN DIAYAK BERSAMA:

  • 190gm tepung gandum
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu makan serbuk koko

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah Celcius.
2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang.
3. Masukkan telur dan esen vanila.
4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan oat, badam dan ketiga-tiga cip coklat dan gaul rata.
6. Rehatkan doh selama ½ jam di dalam peti sejuk.
7. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan sudukan sedikit demi sedikit adunan menggunakan sudu teh ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar (baking paper).
8. Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit.
9. Setelah siap dibakar, sejukkan biskut di atas redai.
10.Simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

Saiz hidangan : 90 keping
Waktu memasak : 1 jam
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Gandingan oat dan badam yang rangup
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF: Biskut yang baru dikeluarkan daripada ketuhar agak lembik. Ia akan mengeras apabila sejuk.

5. BROWNIES COKLAT

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

  • 260gm mentega
  • 130gm gula perang
  • 50gm gula ising
  • 1 sudu makan lemak sayuran
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh Coffee Emalco
  • 1 sudu teh esen vanila

BAHAN B:

  • 20gm tepung kastard
  • 30gm tepung jagung
  • 300gm tepung gandum
  • 60gm cornflakes yang dikisar halus
  • 30gm serbuk koko

HIASAN:

  • Coklat masakan
  • Serbuk roti

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
2. Putar bahan A hingga kembang.
3. Masukkan bahan B, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
4. Canai dan terap dengan penerap biskut.
5. Susun biskut di atas dulang pembakar.
6. Bakar selama 20 minit.
7. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan coklat masakan dan serbuk roti.
8. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Saiz hidangan : 80-100 keping
Waktu memasak : 1 jam
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Rasa rangup dengan cornflakes dan kaya bercoklat
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 26

INFO CHEF: Boleh tambah hiasan lain seperti manik dan cip warna-warni sebagainya untuk lebih menarik kerana warna biskut ini gelap.

RESIPI BISKUT COKLAT : NURASHIKIN ASAN, HASLINDA ABDULLAH DAN NORISHAH AHMAD

The post 5 Biskut Coklat Sedap DiJadikan Kudapan. Kaya Rasa Koko Sedap appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)