4 Rahsia Kenapa Air Coca-Cola McDonald’s Rasa Sangat Sedap

Pernah tak kamu terfikir kenapa rasa air Coca-Cola McDonald’s rasa lebih sedap berbanding air minuman berkarbonat yang lain?

Boleh dikatakan banyak jugalah rahsia makanan dan minuman McDonald’s yang kita semua tak tahu. Francais makanan segera ini nampaknya mempunyai rahsia tersendiri dalam mengekalkan kelazatan makanan dan minuman mereka.

Dan salah satunya air Coca-Cola McDonald’s, air ini merupakan bintang utama setiap kali pelanggan memesan set makanan dan minuman di kaunter. Rata-rata ramai yang menyukai air Coca-Cola McDonald’s berbanding air berkarbonat yang lain.

Jadi apa yang membuatkan air Coca-Cola McDonald’s ini sangat sedap dan digilai ramai? Jom selongkar rahsia air Coca-Cola McDonald’s di bawah.

#1 Sirap Coke Di Simpan Dalam Tanki Stainless Steel

Rupa-rupanya salah satu yang membuatkan air Coca-Cola McDonald’s ni sedap adalah kerana air sirap Coca-Cola ini di simpan di dalam tangki stainless steel.

Tujuan McDonald’s menggunakan tangki stainless steel ini adalah untuk mengekalkan kesegaran soda di dalam air Coca-Cola tersebut. Patutlah bila minum air Coca-Cola McDonald’s rasa gas tu tetap ada, rupanya sebab inilah.

Foto – Seek Adventures

#2 Guna Kaedah ‘Proper Filtration’

Sirap Coca-Cola ini menggunakan kaedah ‘proper filtration’ untuk menyediakan air menjadi sejuk sebelum dimasukan ke dalam tangki soda.

Kaedah ini menghantar cecair sirap Coca-Cola dari peti sejuk tangki soda dengan menggunakan tiup insuling, tiup ini mengekalkan kesejukan cecair sirap Coca-Cola dan terus masuk ke dalam tangki soda.

Foto – Mental Floss

#3 Air Coca-Cola Sentiasa Disejukan

McDonald’s sentiasa pastikan air Coca-Cola sentiasa sejuk, kerana apabila air menjadi sejuk ia akan memerangkap gas soda di dalam air Coca-Cola dan sekaligus mengekalkan air Coca-Cola sentiasa berkarbonat dengan gas soda.

Jadi tidak hairanlah, apabila kita meminum air Coca-Cola kita akan merasai gas kuat menusuk ke dalam terongkok tekak.

Foto – Medium

#4 Ratio Sirap Coca-Cola Di Jaga Rapi

Bagi mengekalkan air Coca-Cola sentiasa sedap dan lazat, McDonald’s sangat menjaga ratio sirap Coca-Cola. Pengiraan ratio dan ais dalam minuman sangat penting bagi mengekalkan rasa Coca-Cola yang sedap sepanjang masa. Memang terperinci betul McDonald’s ni dalam menghasilkan air berkarbonat untuk pelanggan ya.

Ada yang mengidam nak minum air Coca-Cola hari ni?

Rujukan

The post 4 Rahsia Kenapa Air Coca-Cola McDonald’s Rasa Sangat Sedap appeared first on Wanista.com.

(Visited 8 times, 1 visits today)