4 Minyak Wangi Best Hadiahkan Untuk Bapa Kamu

Sempena Hari Bapa yang jatuh pada 21 Jun nanti, kamu dah fikir nak beri hadiah apa?

Siapa yang masih tak ada idea, Wanista ada beberapa cadangan untuk kamu semua. Idea Wanista, berikan minyak wangi kepada bapa kamu.

Cari minyak wangi yang sinonim dengan bapa kamu, contohnya kalau bapa kamu suka bau yang kuat, cari jenama yang sesuai. Mungkinlah mahal tapi apa salahnya berbelanja untuk bapa yang telah membesarkan kamu. Tak gitu…

Untuk Bapa Suka Mengembara – Mr. Burberry Indigo

Foto – Arkib Wanista

Pada awalan, anda dapat menghidu haruman flora semula jadi dari gabungan lemon oil, blackcurrant, rosemary, yang dilapisi green violet leaf, driftwood, dan spearmint.

Untuk Bapa Romantik – Hugo Now For Him

Foto – Arkib Wanista

Lebih segar sehingga menusuk ke jantung dari nota aroma lavender. Dipasangkan dengan sensasi mint dan aquazone untuk memberikan rasa kesegaran yang sejuk.

Bapa Jiwa Muda – CK Everyone

Foto – Arkib Wanista

CK Everyone adalah gabungan sempurna untuk aroma kesegaran yang bersih, dan manis yang sensual. Aroma ini sangat ringan dan sederhana, sesuai untuk pakaian seharian.

Untuk Bapa Bergaya – Gucci Guilty Pour Homme Eau Da Parfum

Foto – Arkib Wanista

Aroma yang tidak konventional dan berani daripada signature Chili Pepper dan kesegaran Rose, membuatkan ia sedikit pedas dan kuat.

Okay tak idea Wanista? Anda boleh dapatkan setiap satu di Sephora.

The post 4 Minyak Wangi Best Hadiahkan Untuk Bapa Kamu appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)