4 Menu Dari Kacang Dhal. Buat Sendiri Masakan Restoran India Popular Ni.

Menu dari Kacang Dhal memang popular dan mudah didapati di restoran masakan India halal. Ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh kerana ia tinggi kandungan protein dan kalsium. Malah kandungan kalsium dalam kacang Dhal setanding dengan kalsium di dalam yogurt.

Di samping itu menu kacang Dhal juga membantu anda rasa kenyang lebih lama. Dan yang paling penting rasanya sungguh sedap.


1. PUFF INTI KARI DHAL AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping pastri puff segera
  • 1/2 cawan kacang dhal | rebus dan tos air
  • 200gm isi ayam | dadu kecil
  • 1 biji bawang holand | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 biji kuning telur | kacau
  • Garam gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Keluarkan pastri puff, biarkan pada suhu bilik.
  2. Sementara itu, panaskan minyak, tumis bawang holland hingga kekuningan.
  3. Masukkan bawang putih dan daun kari.
  4. Kacau rata, masukkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Tumis hingga garing, baru masukkan ayam, kacau rata.
  6. Bila ayam kecut masukkan kacang dhal dan kentang yang telah direbus tadi.
  7. Kacau rata atas api sederhana hingga inti kering. Tutup api.
  8. Setelah inti sejuk, letakkan di atas pastri dan lipat bentuk tiga segi.
  9. Kemaskan tepi pastri dengan garpu. Kemudian sapukan dengan kuning telur di atasanya.
  10. Cucuk dengan garpu atas pastri sebelum dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
  11. Bakar lebih kurang 25 minit dengan suhu 180C, atau saiz ketuhar anda.
  12. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.


2. KUIH VADAI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
  • 1/2 cawan nasi sejuk
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 2 biji cili hijau | dadu halu
  • 4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
  2. Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
  3. Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
  4. Gaul rata dan sebati,
  5. Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
  6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.
  7. Setelah perang keemasan, angkat dan toskan.
  8. Kuih Vadai sedia dihidangkan.


3. PARPU TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 2 cawan kacang dhal | cuci bersih dan rebus
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan perasa secukup rasa

BAHAN HIRISAN:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

REMPAH PENUMIS:

  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 6 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kacang dhal yang telah direbus dalam periuk bersama bahan hirisan.
  2. Kacau rata, tambah serbuk kunyit, kentang dan lobak merah, sedikit air dan renehkan atas api sederhana.
  3. Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh seketika.
  4. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  5. Perlahan-lahan pecahkan telur di dalamnya,
  6. Setelah telur membeku, tutup api.
  7. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak tumis bahan rempah tumis, goreng seketika dan tuangkan dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
  8. Biarkan seketika, kemudian Parpu Telur sedia dihidangkan.


4. BEBOLA DAGING SOS DHAL

BAHAN-BAHAN:

  • 8-10 biji bebola daging | gaul dengan sedikit cajun
  • 1/2 cawan kacang dhal yang telah direbus
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1 sudu makan mustard
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 3 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak menggunakan kuali leper hingga keperangan. Kemudian ketepikan.
2. Masukkan kacang dhal dalam mesin pengisar bersama yogurt, mustard dan susu segar.
3. Kisar hingga sebati.
4. Di dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan.
5. Kemudian masukkan bahan kisar, biarkan mereneh atas api sederhana.
6. Sesuaikan dengan serbuk jintan, garam dan gula secukupnya
7. Masukkan bebola daging, gaul rata.
8. Apabila kuah pekat, tutup api.
9. Bebola Daging Sos Dhal sedia dihidangkan.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI :

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA MENU INI :

4 Masakan Kesukaan Orang Johor. Nasi Beringin Dilupa Jangan

The post 4 Menu Dari Kacang Dhal. Buat Sendiri Masakan Restoran India Popular Ni. appeared first on RASA.

(Visited 1 times, 1 visits today)