3 Resipi Puding dan Agar-Agar Yang Confirm Sedap

Puding dan agar-agar adalah pencuci mulut yang disukai ramai tanpa mengira bangsa dan peringkat usia. RASA berikan 3 resipi puding dan agar-agar yang senang dibuat dan sedap rasanya. Bolehlah cuba buat ye.

AGAR-AGAR ABC

BAHAN A:

  • 10 gram agar-agar
  • 700 ml air
  • 180 gram gula merah
  • 2 helai daun pandan

BAHAN B:

  • 30 gram agar-agar
  • 1600 ml air
  • 1 tin susu cair
  • 300 gram gula
  • 1/2 tin krim jagung campur sedikit pewarna kuning
  • 100 gram kacang merah campur sedikit pewarna merah jambu
  • 100 gram cendol campur sedikit pewarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan A dan masak hingga mendidih.
  2. Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
  3. Satukan bahan B (air, agar-agar dan gula), masak sehingga larut.
  4. Kemudian masukkan susu, kacau rata.
  5. Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian (satu bahagian campurkan dengan krim jagung, satu bahagian kacang merah dan satu bahagian dengan cendol).
  6. Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku.
  7. Tuangkan pula lapisan cendol di atasnya dan biarkan beku.
  8. Akhir sekali, tuangkan lapisan kacang merah di atas lapisan jagung dan biarkan beku.

AGAR-AGAR CENDOL

BAHAN A : LAPISAN CENDOL

  • 750 ml air
  • 170 gram gula
  • 10 gram agar-agar
  • 250 ml santan
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Cendol secukupnya

BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA

  • 750 ml air
  • 250 gm gula melaka | diracik halus
  • 10 gm agar-agar
  • 250 ml santan

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan Bahan A. Masak air, gula dan agar-agar hingga larut.
  2. Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel.
  3. Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar.
  4. Masak sebentar hingga mendidih.
  5. Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol.
  6. Biarkan ianya keras.
  7. Untuk menyediakan Bahan B. Masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut.
  8. Masukkan santan, kacau sebentar.
  9. Akhir sekali, tuangkan keatas lapisan cendol yang telah keras.

PUDING SUSU OREN

BAHAN A: LAPISAN PUDING

  • 4 gram agar-agar
  • 200 ml air
  • 300 ml susu
  • 6 sudu besar gula (ikut sesuai)
  • 50 ml jus oren
  • Pewarna kuning

BAHAN B: LAPISAN JERNIH

  • 4 gram agar-agar
  • 500 ml air
  • 6 sudu besar gula
  • 50 ml jus oren

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan lapisan puding. Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
  2. Masukkan susu,jus oren dan pewarna. Angkat.
  3. Masukkan dalam acuan dan biarkan sejuk dan keras.
  4. Untuk menyediakan lapisan jernih. Masak agar-agar, gula dan air sehingga mendidih.
  5. Masukkan jus dan sedikit pewarna.
  6. Cakarkan lapisan puding dan tuangkan lapisan jernih. Buat kaedah serupa sehingga habis.

Selamat mencuba!

The post 3 Resipi Puding dan Agar-Agar Yang Confirm Sedap appeared first on RASA.

(Visited 36 times, 1 visits today)