3 Rahsia Cantikkan Kulit Guna Beras, Wajib Cuba

Beras memang banyak khasiatnya dalam merawat wajah kita. Bukan hanya tak perlukan modal yang banyak tetapi senang hendak dikendalikan. Paling menarik, rawatan muka iaitu dengan cara buat skrub sendiri menggunakan beras ini adalah langkah terbaik.

Tambah menarik, beras juga kaya zat Oryzanol yang membantu memperbaharui perkembangan pigmen melanin dan mencerahkan kulit. Hebat kan?

Jadi dengan begitu banyak kelebihan beras ini, rugilah kalau kita tak cuba. Buat sendiri di rumah, itu cadangan paling bernas. Cuba 3 petua skrub ini.

1- Beras & Garam Gula

Bahan:

  • 1 cawan beras
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Caranya:

  1. Sangai ketiga-tiga bahan dalam kuali.
  2. Angkat apabila beras bertukar menjadi keperang-perangan dan bersalut dengan beras.
  3. Biarkan sejuk sekejap.
  4. Apabila sejuk, kisar dalam pengisar kering hingga halus.
  5. Simpan dalam bekas kecil dan apabila hendak pakai, bancuhkan dengan sedikit air suam.
  6. Sapukan ke wajah dan biarkan seketika sebelum disental dan dibasuh bersih.

 

2- Beras & Madu

Bahan:

  • 1 cawan beras
  • 2 sudu makan madu
  • 1 biji lemon

Caranya:

  1. Kisar beras hingga halus.
  2. Tuangkan ke dalam bekas kecil.
  3. Masukkan madu dan perahan lemon. Gaul sebati.
  4. Sapukan ke kulit wajah dan biarkan seketika masker meresap pada kulit.
  5. Kemudian barulah dibilas bersih.

 

3- Beras & French Rose Bud

Bahan:

  • 1 cawan beras -dibasuh dan direndam seketika
  • French rose @ rose buds
  • 2 cm kunyit hidup (dikupas kulit)

Caranya:

  1. Rebus french rose hingga mendidih selama 5 minit.
  2. Cara ini untuk mendapatkan air ros natural yang bagus untuk melembapkan dan membersihkan kulit.
  3. Kisar beras, kunyit hidup dan kelopak rose hingga halus.
  4. Ambil satu sudu masker dan di bancuh dengan sedikit rose water.
  5. Ratakan seluruh muka dan biarkan sekejap. Bilas bersih dengan air sejuk.

Khasiat Campuran Beras:

  • mencerahkan kulit
  • kandungan Anti-oksida yang tinggi
  • melambatkan proses penuaan
  • membasmi radikal bebas
  • mengurangkan jerawat

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 48 times, 1 visits today)