Sambal Bilis Tempe Kering Buat Tak Henti Makan

May 31, 2020 rencah7 0

Lauk pauk yang ringkas jadi kegemaran ramai. Fikirkan menu yang kita boleh masak sekaligus banyak dan buat stok untuk dimakan berterusan. Maka tidak perlulah kita sering keluar untuk membeli bahan mentah. Contohnya seperti menu yang disediakan ini . Makan pula dengan nasi panas-panas, pasti bertambah makan.
Sambal bilis tempe kering
Bahan-bahan:
6 bungkus tempe ) dihiris nipis2 memanjang)
300 gm ikan bilis
Bahan2 untuk dikisar
300 gm cili mesin
300 gm bawang merah )
50gm bawang putih )
50gm ikan bilis )dikisar
100gm belacan bakar ) bersama
100ml air asam jawa(pekat)
210gm gula kabung
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak:-
1.Panaskan kuali berisi minyak. Goreng tempe dan ikan bilis hingga garing
Seelok2nya di goreng berasingan kerana masa memasak dua bahan ini tidak sama. Kemudian toskan minyak
2.Selepas itu masukkan bawang yang telah dikisar dengan belacan & ikan bilis. Tumis hingga naik bau
3.Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata & masukkan gula kabu..

Daging Kambing Masak Pasamah, Masakan Orang Dulu

May 31, 2020 rencah7 0

Ramai juga beranggapan daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi lantas membuat badan terasa panas. Namun sebenarnya daging kambing mempunyai pelbagai manfaat. Kambing mengandungi paras kolesterol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain. Buat yang menggemari daging kambing ia boleh dipelbagaikan menu masakan.
Anda boleh cuba resipi daging kambing masak pasamah, menurut Zakuan resipi ini diajar kepadanya oleh arwah tok. Mudahhh jaa masakkk pejam mata pon boley aihhhbb
Bahan-bahan
Kambing 2 kilo
Gempah daging cap babas
Cili kering 10 tangkai*
Bawang besaq 5 biji*
Bawang kecik 10 *
Bawang putih 1 labu*
Halia 1 inci cikit*
Kas2 serbuk(1 sudu)
Gula melaka
Kerisik
Daun sup
Bawang bulat
Cara memasak:
1.Goreng ke semua bahan2 yang wan tanda*sampai kuning, dah goreng bagi sejuk baru kisar bahan2 ini
2.Kemudian ambik bahan2 yang dikisar dan tuang dlm kuali. Masukkan rempah dan kambing masak bagi naik wangi dalam masa 20 minit.
3.Bila dah naik minyak dan wangi….

‘Dengar Suara Budak Gelak’- Doktor Kongsi Kisah Seram ‘Diganggu’ Mainan Anak Dalam Rumah

May 31, 2020 rencah7 0

“Seram pulak tengok patung anak aku ni…”
Seperti yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, berdasarkan nas al-Quran dan hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa pengharaman patung adalah berkaitan haram mengukir patung yang menyerupai ciptaan Allah SWT dan haram untuk disembah atau dimuliakan. Adapun selain daripada perkara tersebut seperti patung sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak, maka hukumnya adalah harus.
Tidak lari dari kisah seram, doktor ini juga berkongsi pengalaman seram yang dilaluinya apabila barang mainan anak sendiri menjadi medium ‘gangguan’ makhluk halus.
‘GANGGUAN’ DARI BARANG MAINAN ANAK
Anak atau adik kau orang ada banyak anak patung atau binatang mainan tak di rumah? Kalau ada, baca cerita ni, supaya tak kena “gangguan” macam aku kena.
Suatu malam, dalam jam 2 pagi, tekak aku haus bukan main. Jadi aku pun turun ke dapur. Masa aku nak teguk air, aku terdengar bunyi macam ada orang hempaskan punggung atas sofa di ruang tamu. Terus ..

Nyaman Tekak Nikmati Puding Jagung & Susu Coklat

May 31, 2020 rencah7 0

Ada yang mengidam nak makan yang manis-manis? Enak juga kalau dapat puding jagung dimakan pula dengan susu coklat. Lebih sedap puding jagung ini disimpan di dalam peti sejuk dan dimakan sejuk. Nikmatnya akan terasa. Resipi ini dikongsikan oleh Roshima Ibrahim Shima dengan cara ringkas penyediaannya.

BAHAN-BAHAN:

Puding Jagung:

Setengah peket agar-agar tali
3 cawan air
4 sudu besar gula pasir
1/2 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula pasir
2 sudu tepung kastard
1 1/2 tin air
1/2 tin jagung

CARA MEMBUAT PUDING:

Masak agar dengan air hingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula pasir. Masak hingga gula betul-betul larut. Tutup api dan ketepikan dulu.
Dalam periuk lain, masakkan air, susu cair, susu pekat dan gula, Kemudian masukkan tepung kastard. Kena sentiasa kacau hingga mendidih sebab kalau biarkan nanti akan berketul-ketul.
Tapiskan agar-agar yang dimasak tadi ke dalam periuk puding. Kemudian masukkan jagung.
Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas lompang kal..

Rahsia Masak Tomyam Secepat & Sesedap Seperti Di Kedai

May 31, 2020 rencah7 0

Mesti tertanya-tanya untuk dapatkan rasa tomyum sama seperti dikedai. Ini rahsia yang anda boleh ikut untuk dapat cukup rasa manis, masam, pedas dan kepekatan tomyum yang seimbang.
TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 Labu bawang Holland 2 biji bawang putih 1 batang serai Tomyam paste Madam Pun Tomyam paste Maepraenom 3-4 cili padi Lengkuas 3-4 helai daun liamu purut Saleri Cendawawan enoki Daun Ketumbar INFO: Boleh tambah bahan-bahan kesukaan anda seperti sotong, isi ayam, daging, lobak merah, kubis bunga dan sebagainya.

CARA MEMASAK:

1. Bila air dah mula hendak mendidih, Kita rebus terus semua bahan-bahan rencah kecuali batang seleri, daun limau dan daun ketumbar.

2. Masukkan gula siap-siap dalam sesudu kecil.

3. Masukkan sedikit sos nampla

3. Masukkan satu sudu kecil tomyam paste Madam Pun

4. Satu sudu kecil tomyam paste Maepraenom ( letak lebih untuk rasa padu)

5. Kacau sekata dan rasa. Letak perasa ikut citarasa anda.

6. Perahkan asam limau untuk rasa lebih masam.

7. Masuk..

No Image

Ayam Masak Thai Campak Campak Siap

May 30, 2020 rencah7 0

Tak boleh move on lg ayam masak thai ni.. Buat dh semalam xcukup.. Haha.. So arini kita repeat buat lg . Buat berkali-kali pun tidak jemu. Korang boleh cuba buat .
Bahan A
10 ketul bahagian ayam digoreng
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak
Bahan B (bahan kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api
Cara memasak
1.Tumis serai yang dititik sampai naik bau.
2.Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut.. Tumis sampai garing.
3.Dah garing masukkan bahan yg dah dikisar.
4.Kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa.. Siap!
Selamat mencuba
Singgang Daging Lengkuas

The post Ayam Masak Thai Campak Campak Siap appeared first on RASA.

Enam Menu Telur Dadar, Guna Aje Apa Yang Kat Dapur Tu…

May 30, 2020 rencah7 0

Tidak sah jika tidak ada hidangan telur, selain telur dadar biasa, banyak lagi olahan telur yang boleh dijadikan sajian lazat. Pilih sahaja yang mana satu pilihan kamu.
Sesuai musim PKP ni, menu yang cepat dimasak dan sedap dimakan pasti menjadi pilihan terbaik. Lagi pula kosnya sangat murah dan tidak perlu dok dapur lama-lama.
1. TELUR GULUNG
BAHAN-BAHAN:
Telur 4biji (ikut la nak guna 2,3bj) Cili besar merah 2biji * daun bawang sikit * Daun sup sikit* Carrot* maggie cukup rasa Garam CARA MEMASAK:
Cincang halus/potong dadu bahan2 bertanda *
masukkan telur,maggie cukup rasa n garam.Kacau sampai sebati,dah boleh masak.(tengok video senang)
potong ikut suka hehe..siap dah boleh makan.
Jom la cuba anak2 pun mesti suka
Kredit resipi: Faizah Rosdi
2. TELUR BISTIK
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur Ayam/daging – potong dadu 1/2 biji bawang merah besar – hiris 1 biji bawang merah kecil – cincang halus 2 biji bawang putih – cincang halus 3 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos cili 1 sudu b..

Suami Isteri Tinggal Jarak Jauh Sudah Boleh Rentas Negeri- MKN

May 30, 2020 rencah7 0

Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan semula perjalanan rentas negeri buat suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja mulai Isnin (1 Jun 2020) ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan mesyuarat hari ini memberi kelonggaran kepada pasangan untuk berbuat demikian bermula 1 Jun ini.
ARAHAN DITARIK BALIK
Memetik laporan Harian Metro, menurutnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, ia dibenarkan sebelum ia dihentikan sebelum perayaan Aidilfitri dan kini kerajaan memutuskan ia ditarik balik.
“Hari ini mesyuarat bersetuju bahawa larangan itu ditarik balik. Oleh itu pasangan suami isteri yang terpisah boleh merentars negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing.
“Perjalanan rentas negeri juga dibolehkan bagi kes membabitkan kecemasan, kematian, perubatan dan urusan kerja seperti berulang alik ke tempat kerja. Sebagai contoh tinggal di Negeri Sembilan tetapi bekerja di Putrajaya. Bagaimanapun rentas n..

Bingka Durian Lemak Manis Gerenti Habis Seloyang

May 30, 2020 rencah7 0

Macam-macam lauk pauk dan kuih boleh diolah menggunakan pes durian. Ada setengah dari kita buah durian tidak dijamah tapi bila diolah menjadi kegemaran pula. Citarasa orang berbeza-beza.
Hari ini untuk minum petang min dan kongsi resipi kuih Bingka Durian yang lemak manis dan lembut rasa nya
BINGKA DURIAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu besar mentega.. di cairkan.
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan isi durian
3 biji telur
2 – 3 titik pewarna kuning
Sedikit garam
Sedikit bijan utk di tabur atas bingka
Cara memasak:
1.Campur kan semua bahan2.
2.Gaul sebati.. boleh juga di blender.
3.Panas kan oven..
4.Masukkan bancuhan tadi daalm loyang yg sesuai.. di bakar suhu 170’c selama lebih kurang 45 minit.
credit : Lie Ya‎
Resipi Istimewa Lontong Digoreng Dan Cepat DiMasak Untuk Hari Raya.

The post Bingka Durian Lemak Manis Gerenti Habis Seloyang appeared first on RASA.

Kacang Gajus Goreng Ala Thai

May 30, 2020 rencah7 0

Nikmatnya makan kacang gajus ni kat depan TV. Ada rasa manis, pedas dan rasa daun limau purut.Itu yang best sangat. Pada mak- mak yang dah tak tau nak masak apa dah. Almakhlum lah masa semua orang ada di rumah, mulut asyik nak mengunyah aje kan.
Cara membuatnya:
1. Goreng kacang gajus sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih yang telah dicincang (5 ulas).
3.Apabila sudah terbit bau, masukkan 5 helai daun limau purut yang sudah dihiris halus.
4.Masukkan 2 sudu teh serbuk cili dan tuangkan kacang gajus tadi. Kacau rata.
5.Tuangkan sos ikan dan madu ikut suka banyak mana dan… siap.
Harap resepi ini dapat membantu.
Biskut Oreo Mudah Aje Buatnya. Ajak Anak Belajar Sekali.
Kredit:@azianhasan The post Kacang Gajus Goreng Ala Thai appeared first on RASA.