Lemang Guna Tin Tak Selamat, Kita Buat Lemang Pakai Cawan Kertas. Lagi Senang!

April 30, 2020 rencah7 0

Sebelum ini ada perkongsian buat lemang guna tin minuman, tapi yang ini lagi mudah. Guna cawan kertas saja.
Lagi pun baru-baru ini ada perkongsian menyatakan idea buat lemang guna tin tak berapa elok untuk kesihatan.
Jadi tahun ni kita buat lemang guna cawan kertas saja. Lagi jimat. Caranya boleh ikut perkongsian dari Bunda Nadiah.
Cara masak lemang guna cawan kertas Bahan-bahan: 1 kg pulut – rendam pulut dalam 2 jam untuk mempercepat masak lemang
2 kotak santan kara- tambah 3 kotak air, guna kotak santan yg sama
Garam secukupnya
Daun pisang
Bekas cawan kertas Cara membuat 1. Masukkan daun pisang dalam cawan. Kalau dapat daun yg kecil tak cukup lebar susun menegak dalam cawan. Gunting bulat daun pisang dan letak di bahagian dalam bawah cawan. 2. Gaul pulut yg dah direndam dgn garam dgn sedikit santan. Kemudian masukkan dalam cawan pulut, jangan penuh beri ruang untuk letak santan. 3. Tuang santan dalam cawan berisi pulut tadi dan kacai supaya santan tu turun ke bawah.
4. Masak dal..

6 Makanan Eksotik Boleh Membunuh Anda, No 2 Ramai Ketagih

April 30, 2020 rencah7 0

Kemunculan pandemik Covid-19 dikaitkan dengan pemakanan makanan eksotik seperti kelawar, ular dan tenggiling, serta pelbagai lagi dijual di pasar basah di Wuhan.
Baca : Betul Ke Coronavirus Berpunca Dari Pasar Basah Wuhan?
Walaupun masih dalam kajian, tapi jangan terkejut kerana di dunia terdapat banyak makanan pelik lagi eksotik yang siapa sangka kita makan.
Di bawah antara makanan paling bahaya.
1. Ikan Buntal Masyarakat Jepun gemar makan ikan bunal walaupun mengetahui ia salah satu makanan paling beracun di dunia. Jadi kenapa mereka masih boleh makan? Ini kerana racun di dalam badannya ini boleh dibuang.
Foto – Umpan Jika tukang masak gagal membuangnya dengan baik, ia dikatakan 1,200 kali ganda lebih berbahaya berbanding sianida.
2. Kerang Darah Tahukah ada orang kita makan kerang darah. Mungkin ramai yang kata tidak salah untuk memakan makanan berdarah. Pun begitu, ia adalah satu kesilapan kerana darah yang terdapat dalam haiwan laut ini pernah menjadi punca penularan Hepatitis A dan E.
Foto – Tridge Blog 3. Cendawan Apa salah cendawan pula? Terdapat banyak jenis cendawan dan ada antaranya selamat untuk dimakan dan ada yang tidak dan boleh membawa maut.
Foto – Eats Antara jenis cendawan yang anda wajib berhati-hati adalah Death Cap, Destroying Angels and Deadly Webcap yang mempunyai racun. Disebabkan itu, anda disarankan untuk tidak membeli dan memakan cendawan yang tidak berlabel.
4. Keju Busuk Alahai, tengok pun takut apatah lagi nak makan. Dicipta dari susu kambing biri-biri dan dibiarkan terdedah kepada lalat. Lalat ini kemudiannya akan bertelur dan meninggalkan larvanya di situ. Inilah punca kewujudan ulat kecil tersebut.
Foto – Wiki Kesan memakan keju busuk yang bernama ‘casu marzu’ini adalah sakit perut, mual-mual, muntah-muntah serta kematian jika gagal dirawat segera.
5. Sotong Kurita Kebanyakan orang di Korea makan makanan eksotik yang satu ini. Bernama ‘san nak ji’ merupakan kaki bayi sotong kurita.
Foto – The Krew Sotong kurita ini bukanlah berbahaya kerana ia beracun atau berdakwat. Sebaliknya, kaki bayi sotong kurita ini boleh melekat pada tekak atau kerongkong pemakannya. Kesannya, ia akan mengakibatkan sesak nafas serta kematian jika lambat dirawat.
6. Sosej Kenapa sosej merbahaya? Tahukah sosej adalah sangat berbahaya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Menurut kajian yang dijalankan oleh John Hopkins Medicine, sosej adalah penyebab utama dalam kes kecederaan akibat tercekik makanan bagi kanak-kanak berusia bawah 3 tahun!
Foto – The Black Harap selepas ini semua orang lebih menjaga hygiene dan tidak mengamalkan pemakanan sebegini agar kita semua sihat sejahtera.
RUJUKAN
The post 6 Makanan Eksotik Boleh Membunuh Anda, No 2 Ramai Ketagih appeared first on Wanista.com.

Periuk Le Creuset Harga Beribu Tapi Ramai Sanggup Beli

April 30, 2020 rencah7 0

Periuk jenama Le Creuset sekarang ini menjadi pilihan ramai terutama golongan ibu-ibu, tetapi apa yang membuatkan para ibu-ibu ini sangat meminati periuk dari Le Creuset ni? Sudahlah harganya mahal, tak rasa membazir ke beli periuk yang berharga ribu riban macam ni?
Biasa produk yang berharga mahal macam periuk jenama Le Creuset ni mempunyai keistimewaan yang tersendiri, dan pastinya keistimewaan itu yang membuatkan golongan ibu-ibu di Malaysia sanggup berhabisan untuk membelinya.
Jom kita lihat apa yang hebat sangat dengan periuk Le Creuset ni di bawah.
Casserole Dishes | Inside The Factory
So much science goes into making a casserole dish. 🤓
Posted by BBC Two on Tuesday, April 14, 2020
Cast Iron Periuk jenama Le Creuset merupakan nama yang sangat terkenal di Perancis sejak tahun 1925 lagi. Apa yang menarik tentang periuk Le Creuset yang menjadi kegilaan ramai wanita di Malaysia adalah kerana periuk ini diperbuat daripada batu iron yang tahan dan kuat.
Tambahan lagi, untuk membuat periuk ini ia memerlukan 15 orang artisan untuk menyelia pembuatan periuk ini dengan menggunakan tangan mereka sendiri.
Penyebaran Haba Yang Sekata Foto – Arkib Wanista Periuk Le Creuset ini juga membuatkan masakan masak dengan sekata kerana penyebaran haba di dalam periuk tersebar dengan sekata pada masakan. Ianya merupakan salah satu aspek penting bagi wanita ketika memasak.
Tambahan lagi, ketebalan periuk Le Creuset telah direka khas agar haba dapat tersebar dengan rata pada masakan dan sekaligus menjadikan rasa pada masakan kekal serta menjadi lebih sedap.
Penutup Periuk Memerangkap Wap & Haba Foto – Arkib Wanista Bagi wanita apabila hendak memasak bukan periuk sahaja penting, malah penutup periuk juga penting memainkan peranan agar makanan yang hendak disediakan menjadi. Begitulah konsep yang Le Creuset gunakan, penutup periuk Le Creuset juga direka khas bagi menghasilkan makanan idaman setiap wanita.
Penutup periuk Le Creuset direka khas untuk memerangkap wap dan haba di dalam periuk dengan berkesan. Biasanya apabila wap dan haba terkumpul di dalam masakan, ia akan menyebabkan penutup periuk terangkat lalu wap dan haba tersekeluar dan menjadikan makanan tidak masak dengan sekata.
Tetapi dengan penutup periuk Le Creuset ini, ia bukan saja dapat memerangkap wap dan haba dengan baik, malah membuatkan wap dan haba sebagai pembantu menjadikan makanan di masak dengan baik dan sekata.
Warna Periuk Yang Berkualiti & Tahan Lama Foto – Le Creuset Malaysia Untuk makluman periuk Le Creuset ini sangat terkenal dengan kualiti dan daya ketahanan yang kukuh sepanjang periuk ini muncul dalam industri perkakasan dapur semenjak tahun 1925 di Perancis. Daya ketahanannya dan kualiti pada warna periuk dijamin tahan lama dan kekal utuh meski dah bertahun-tahun digunakan.
Yang paling best adalah periuk ini juga tahan karat dan tidak luntur, ia menggunakan rekaan jurutera terbaik Le Creuset.
Jadi tidak hairanlah periuk ini menjadi pilihan ramai wanita Malaysia, ya lah siapa yang tidak suka produk yang tahan lama terutama barang mahal kan? Bak kata orang dulu-dulu “alah membeli, memang memakai”, tak gitu?
5 Produk Le Creuset Yang Ideal & Menarik Foto – Arkib Wanista Di bawah jenama Le Creuset ni terdapat lima jenis periuk yang dihasilkan dengan menggunakan ‘cast iron’ atau batu iron. Ia antara koleksi periuk-periuk yang popular dan paling diminati ramai kerana fungsi perkakas, warnanya yang menarik dan juga memiliki reka bentuk yang menarik.
Antara lima produk Le Creuset popular
French Ovens & Casseroles Marmite Grills Skillet Tagine Warna-Warni Periuk Le Creuset Yang Mengancam Foto – Arkib Wanista Salah satu aspek penting kenapa periuk ini sangat popular dikalangan wanita adalah kerana pilihan warna periuk yang pelbagai dan menarik. Warna-warna yang ditayangkan oleh Le Creuset ini sudah cukup membuatkan mata para wanita di Malaysia terpukau!
Tips Penjagaan Periuk Le Creuset Bagi yang bakal membeli periuk Le Creuset ni, penting untuk kamu ketahui cara penjagaan dan kebersihan periuk Le Creuset ini. Kamu tidak boleh ambil ringan tentang penjagaan dan kebersihan periuk Le Creuset ni, ya lah dah beli mahal-mahal tak kan nak jaga cincai je kan?
How to Care for Your Le Creuset
Let's go back to basics! How should you care for your Le Creuset enameled cast iron cookware? With no need for the special care or seasoning of raw cast iron, these pieces clean up easily with regular dish soap.Tag a friend who needs to watch this 🔽#CareAndUse #LeCreusetCareAndUse #CareForYourCookware
Posted by Le Creuset Malaysia on Tuesday, March 31, 2020
Ingin mengetahui mengenai periuk Le Creuset dengan lebih lanjut, layari laman sesawang Le Creuset [SINI] dan akaun Facebook Le Creuset [SINI] untuk maklumat tentang periuk Le Creuset.
Rujukan: 1, 2,
The post Periuk Le Creuset Harga Beribu Tapi Ramai Sanggup Beli appeared first on Wanista.com.

Ini 7 Cara Buat Telur Dadar Yang Nipis & Cantik

April 30, 2020 rencah7 0

Telur dadar nipis adalah telur dadar yang selalu kita jadikan hiasan di atas nasi goreng. Selalunya telur dadar macam ni, digulung dan ditabur.
Nak buat telur dadar nipis macam ni, tak semudah disangka. Memang semua orang boleh buat telur dadar kerana nampak macam mudah, tetapi untuk mendapatkan telur dadar yang dinipis dan tidak koyak bila digulung, ini caranya:
1. Gunakan Kuali Tidak Melekat (Non Stick)
Membuat telur dadar menggunakan kuali non stick adalah pilihan terbaik, terutama anda yang jarang membuat telur dadar kerana kuali jenis ini menjadikan telur dadar tidak melekat pada kuali, mudah diterbalikkan dan tidak terkoyak. Sebagai saranan gunakan kuali yang tidak terlalu besar atau kecil seperti kuali dengan ukuran 22 cm adalah lebih sesuai.
2. Gunakan Sekurang–Kurangnya Dua Biji Telur
Dengan dua biji telur ini akan menjadikan kerja mendadar telur lebih mudah. Dengan dua biji telur anda boleh buat tiga keping telur dadar yang nipis. Kalau guna satu biji ia terlalu sedikit ..

Pakar Kanak-Kanak Jelas Anak Umur 2 Tahun Ke Bawah Tak Perlu Pakai Face Mask, Bahaya!

April 30, 2020 rencah7 0

Sejak penularan wabak merbahaya ini, pemakaian topeng muka atau face mask sudah menjadi kewajiban. Pemakainan face mask ini juga bukan sahaja tertumpu kepada orang dewasa, malah kita dapat lihat anak-anak yang masih kecil juga turut dipakaikan face mask tersebut. Namun, perlu atau tidak penggunaan face mask ini dalam kalangan kanak-kanak sebenarnya?
Untuk menjawab persoalan ibu bapa mengenai hal ini, seorang doktor pakar kanak-kanak menjelaskan di laman Facebook beliau sama ada perlu atau tidak anak yang masih kecil memakai face mask. Ini juga khusus kepada anak-anak bawah usia 2 tahun.
SEBAB APA TOPENG MUKA BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?
Nampak comel, tapi topeng muka tak boleh dipakai oleh kanak-kanak dibawah umur 2 tahun. Produk topeng muka kain tak sepatutnya dijual untuk bayi yang masih kecil.

1. Laluan pernafasan bayi sangat kecil, bernafas melalui topeng muka lebih menyesakkan nafas mereka.
2. Bayi yang memakai topeng muka secara longgar tak beri apa-apa perlindu..

Macam Ini Cara Nak Tentukan Tayar Kereta Botak Atau Tidak

April 30, 2020 rencah7 0

Urusan kereta mungkin biasa bagi lelaki, tapi tidak bagi kebanyakan kaum wanita. Servis dan semua kerosakan akan diserahkan kepada bengkel untuk diuruskan. Apa yang disaran oleh mekanik itulah yang dibuat.
Walaupun ia memudahkan urusan namun kita sepatutnya kena ada ilmu tentang kereta supaya tak ditipu.
Antara info asas yang perlu diketahui adalah cara untuk kenal pasti tayar botak atau masih boleh dipakai. Info klick.my ini mungkin boleh membantu.
Cara mengenal tayar botak Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.
Salah sebenarnya tu. Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.
Apa maksud tayar botak?
Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.
Tayar botak = ja..

Ayam Masak Ungkep, Juadah Berbuka Puasa Yang Wow

April 30, 2020 rencah7 0

Ayam masak ungkep ini adalah resipi masyarakat Jawa yang popular. Boleh hidangkan ketika berbuka puasa. Memang sangat sedap dimakan dengan nasi panas. Ungkep ni macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.
AYAM MASAK UNGKEP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping
BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak s..

Resepi Bihun Tomyam (Versi Goreng)

April 30, 2020 rencah7 0

Resepi kali ini merupakan resepi daripada koleksi bihun goreng. Bihun goreng tomyam diolah daripada masakan berasaskan tomyam. Contohnya nasi goreng tomyam ataupun sup tomyam. Lazimnya masakan tomyam ini haruslah mempunyai beberapa ciri khas. Bahan seperti daun limau purut,serai dan pes tomyam. Seperti nasi goreng tomyam, bihun Tomyam juga amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Bihun Tomyam Bahan utama 200 gram bihun (rendam dan air suam sehingga lembut) Bahan kisar Bawang putihBawang besarCili kering Bahan tumis 3 sudu besar Bahan kisar3 sudu Pes chili thai (@ pes tomyam)2 batang serai (hiris)Ayam (didadu)UdangLobak merah3 helai daun limau purut (hiris)2 sudu besar sos tiramAirGaram secukup rasaSawi Kaedah Tumiskan bahan kisar iaitu bawang putih, bawang merah dan cili kering. Kemudian masukkan thai chili pes dan serai. Kacau sebentar.Tambahkan ayam dan udang sehingga separuh masak.Masukkan sos tiram dan sedikit air. Perasakan dengan garam secukupnya.Kacau sebe..

Kadar & Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Ikut Negeri Sepanjang Tempoh PKP

April 30, 2020 rencah7 0

Untuk makluman semua, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dari Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan jawapan kepada setiap persoalan masyarakat berhubung pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun ini. Memandangkan bulan Ramadan kali ini berlangsung dalam keadaan yang berbeza iaitu kita berada dalam tempoh Kawalan Pergerakan, kutipan zakat fitrah pada tahun ini juga akan turut mengalami sedikit perubahan.
Berikut merupakan kadar dan cara bayar zakat fitrah bagi tahun 2020 mengikut negeri secara atas talian.
KADAR ZAKAT & CARA PEMBAYARAN IKUT NEGERI
1. Johor Kadar zakat: RM7.00, RM10.00
Kaedah pembayaran: Terdapat tiga kaedah pembayaran dalam talian iaitu melalui bayaran zakat fitrah melalui Zakat Johor Online Payment (http://www.epayment.maij.gov.my), Portal Johor Online Payment (JOP), https://onlinepayment.johor.gov.my) dan Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
2. Kedah Kadar zakat: RM5.00, RM7.00, RM14.00, RM21.00
Kaedah pembayaran: Korang boleh membuat..

Syoknya Berbuka Puasa Dengan Sotong Kukus Sos Limau

April 30, 2020 rencah7 0

Sotong ni sebenarnya macam-macam kita boleh masak. Salah satunya sotong kukus limau. Memang sedap sesangat. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Asalkan ada lengkuas, serai dan bawang putih, dah cukup. Opsss. Daun ketumbar jangan lupa. Itu pelengkap aroma dan cita rasanya.
Bahan untuk sos tu yang banyak sikit. Bila ada sos, tu yang jadi tambah sedap tu. Nanti korang try buat tau. Memang syok.
SOTONG KUKUS LIMAU
.
BAHAN SOTONG KUKUS
1 atau 2 ekor sotong saiz besar
Lengkuas
Serai
Daun ketumbar (akar sekali)
Bawang putih
CARA MEMBUAT SOTONG KUKUS
1. Cuci sotong bersih-bersih.
2. Potong sotong macam dalam gambar. Jangan sampai putus. Kelar saja.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong).
4. Letakkan akar ketumbar, sedikit bawang putih letak atas sotong.
5. Kukus sotong dengan api kuat. Sudah masak, buang air sotong.
BAHAN SOS
1 sudu besar gula
3 sudu besar air perahan limau nipis
2 1/2 sudu besar sos ikan
1 ulas bawang putih
Cabai melaka merah, hijau (di..