Datuk Chef Wan Dan Naqiu Masak Nasi Tomato & Ayam Masak Merah, Imbau Nostalgia Ramadan

April 30, 2020 rencah7 0

Dah menonton Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua, episod kelima di Astro Prima dan Prima HD petang tadi.

Kali ini memaparkan gelagat Datuk Chef Wan bersama artis jemputam penyanyi terkenal Naiqiu Boboy atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin bin Mohd Najib. Naqiu tak kering gusi melihat gelagat Chef Wan.

Penyanyi yang makin meletop letop selepas memenangi Juara bersama Gegar Avanza 2019 yang juga bapa kepada lima cahayamata ini terus bersinar kembali dalam industri seni.

Huh, teruja tak tengok Naqiu berkongsi dapur dengan Datuk Chef Wan memasak masakan yang mengimbau nostalgia ramadan Naqiu iaitu Nasi Tomato, Ayam Sambal @ Ayam Masak Merah dan tak ketinggalan kuih tradisional Koleh Kacang.

Banyak juga rahsia dan cerita menarik yang dikorek Chef Wan tadi dari Naqiu.Yang pasti Naqiu cukup berminat dengan ilmu memasak yang diturunkan Chef Wan.

Nak resipi lauk pauk dan kuih yang dimasak tadi, jom catat resipi yang dikongsikan RASA ini, jangan lupa mencuba ya. Selamat Berbuka.
1. NASI ..

7 Amalan Mudah ‘Kejar’ Pahala Berlipat Ganda Sepanjang Bulan Ramadan

April 30, 2020 rencah7 0

Setibanya Ramadhan ini, pastinya setiap orang tidak terlepas hendak mengejar keberkatan sepanjang Ramadhan, malah sebulan ini, Allah akan melipat gandakan pahala dalam setiap amal yang kita lakukan. Ramadhan juga adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam dan kita juga perlulah memurnikan niat berpuasa semata-mata kerana Allah.
Bukan sahaja anda niat berpuasa untuk menyambut Aidilfitri selepas berpuasa, hal ini penting kerana setiap amalan dinilai berdasarkan niat. Malah niat yang benar akan mencorak amalan puasa seseorang sehingga membuatkan seseorang itu bersungguh-sungguh memenuhi Ramadan dengan segala amalan kebajikan tujuan mendekatkan diri dengan Ilahi. Pelbagai perkara boleh dilakukan untuk mengejar keberkatan dan pahala berlipat ganda sepanjang Ramadhan ini.
7 Amalan Yang Boleh Dilakukan Pelbagai amalan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadhan ini untuk mengejar ganjaran yang Allah janjikan. Antara 7 perkara yang senang untuk dilakukan ialah :
1) Menjaga Ibadah P..

KFC Nasi Kari Atuk Confirm Buat Korang Terliur Ramadan Ni

April 30, 2020 rencah7 0

Ramadan ini KFC melancarkan produk makanan terbaru iaitu ‘Nasi Kari Atuk’ menu baharu ini menampil set nasi Colonel, ayam goreng KFC (spricy atau original), sambal dan juga kuah kari atuk. Menu Nasi Kari Atuk ini akan mula dijual pada hari ini 30 April 2020.
Kari Atuk Istimewa Ramadan Kari Atuk merupakan kuah kari yang disediakan dengan menggunakan rempah-ratus kari tradisional dan kuah ini juga dicampurkan dengan ubi kentang untuk penambah rasa dan tekstur.
Sudah namanya kari, pastinya penggunaan santan adalah bahan wajib dengan campuran santan ia menghasilkan rasa kari yang berlemak dan enak.
Set Kombo Nasi Kari Atuk KFC Terbaik Nasi Kari Atuk KFC ini dihidangkan menggunakan bekas beralaskan daun pisang dan ia hadir dengan set kombo 2 ketul ayam goreng, set kombo 3 ketul ayam goreng dan juga set kombo box meal.
Foto – Set Nasi Kari Atuk 3 Ketul Ayam Goreng Foto – Set Nasi Kari Atuk 2 Ketul Ayam Goreng Foto – Set Kari Atuk Box Meal Harga set kombo ini bermula dengan harga RM16.30 dan bagi yang ingin mendapatkan set ini boleh mendapatkan menerusi perkhidmatan bawa pulang, pandu laju dan penghantaran bermula hari ini, 30 April 2020 dan sehingga stok masih ada.
Perhatian: KFC menerima pesanan terakhir pada jam 7 malam sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan dan peraturan juga mungkin berbeza mengikut kawasan masing-masing.
Jom jangan ketinggalan dapatkan Nasi Kari Atuk menerusi laman sesawang KFC [SINI] atau muat turun aplikasi KFC Malaysia atau boleh terus pesan makanan melalui Foodpanda.
The post KFC Nasi Kari Atuk Confirm Buat Korang Terliur Ramadan Ni appeared first on Wanista.com.

No Image

Panduan Makan Ubat Bulan Puasa Terutama Jika Kena Ambil 3-4 Kali Sehari

April 30, 2020 rencah7 0

Ramai saja kalangan kita yang ada masalah kesihatan namun diizinkan untuk berpuasa tapi pada masa yang sama perlu mengambil ubat.

Persoalannya bagaimana nak ambil ubat terutama jika perlu makan 2-3 kali sehari ketika bulan puasa.

Boleh ikut panduan yang diberikan oleh Public Health Malaysia ini.

Apa yang perlu dilakukan adalah ubah masa pengambilan ubat. Jika ada masalah boleh rujuk dahulu profesional kesihatan terutamanya ahli farmasi untuk penerangan lanjut.

Panduan pengambilan ubat di bulan puasa

KEKERAPAN
MASA PENGAMBILAN

SEBELUM MAKAN
SELEPAS MAKAN

1 x sehari

Sebelum sahur

Selepas berbuka

2 x sehari

Sebelum sahur
Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama

Selepas sahur
Selepas berbuka

3 x sehari

Sebelum sahur
Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
Sebelum tidur

Selepas sahur
Selepas berbuka
Sebelum tidur

4 x sehari
Bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternatif lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk kepada ahli farmasi.

Sumber: Public ..

Aneka Resepi Puding Senang, Tak Guna Banyak Bahan

April 30, 2020 rencah7 0

Berbuka hari ni makan apa?
Setiap hari celik saja mata, soalan itu bermain di minda… Kita tidak dapat lari daripada membuat perancangan menyediakan juadah berbuka yang memikat selera.
Kalau bercakap juadah manisan, puding antara yang menjadi perhatian. Bayangkan dimakan sejuk, dengan tekstur lembut, manis dan lemak berkrim, puding serius terbaik!
Disebabkan itu, penulis senaraikan aneka resepi puding serba ringkas dan enak boleh korang kaum hawa atau adam buat di rumah.
#1 Puding Cocktail Eina Azman Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung kastard, air, susu cair, gula, cocktail buah-buahan campuran, dan tepung jagung
View this post on Instagram Alhamdullilah dah siap Pudding Cocktails 😘 #itsdonebyeinaazman #carasayabyeinaazman
A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on Mar 23, 2020 at 6:06am PDT
#2 Puding Milo Lapis Oreo Foto – Facebook Resepi Enak Bahan-bahan yang diperlukan:
10gram serbuk agar-agar 750ml air 150g gula 1 tin susu cair (400ml) 3/4 cawan milo Satu bungkus oreo (135g) – patahkan Cara membuat:
Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih. Bahagikan 2 bahagian dan 1 bahagian dicampurkan milo dan kacau hingga sebati. Bahagikan 1 bahagian milo kepada 2 bahagian. Masukkan 1 bahagian milo ke dalam acuan. Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan. #3 Puding Karamel Tanpa Telur Foto – Facebook Resepi Enak Bahan A gula hangus:
2 sdb gula pasir Bahan B puding:
10gm serbuk agar-agar 4 cawan air 1/2 cawan gula pasir 1/2 cawan susu pekat manis 1 tin susu cair 3 sdb tepung kastad 1 sdk esen vanila Cara-cara:
Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil. Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan. Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel. Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan. #4 Puding Jagung 5 Bahan Foto – Facebook Masak Apa Hari Ni Bahan-bahannya ialah:
1 tin susu cair 1 cawan air 1 cawan custard ½ cawan gula Secubit garam (pilihan) 1 tin jagung Cara membuat:
Tuangkan semua bahan dalam periuk. Jangan letak atas api dulu. Kacau rata dulu sampai sebati dan tepung custard tak berketul. Pasang api perlahan. Sentiasa kacau rata dlm 15-20 min untuk mengelakkan bancuhan berketul, hangus dan berkerak. Masukkan dalam bekas yang sesuai. Sejukkan dalam peti sejuk. #5 Puding Pisang Goreng Bersos Kastard Foto – Linda Zaid/Facebook Resepi Kuih Raya Viral Bahan-bahan yang perlu disediakan:
Sos kastard 1 tin susu cair 1/2 tin air 1 biji kuning telur 2 Sb tpg kastard 2 Sb gula pasir sehelai daun pandan disimpul Pisang nangka digoreng dengan sedikit Planta. Cara membuat:
Masak semua bahan sehingga pekat. Dh suam masukkan ke dalam peti ais. Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring. Tuangkan sos kastard dan taburkan sedikit kismis. Mudahkan? Selamat Mencuba!
RUJUKAN : 1, 2
The post Aneka Resepi Puding Senang, Tak Guna Banyak Bahan appeared first on Wanista.com.

5 Selebriti Popular Keluar Koleksi Tudung Raya 2020 Paling Cantik!

April 30, 2020 rencah7 0

Masuk je bulan ramadhan pasti ramai yang sibuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Rata-rata kaum wanita sibuk mencari baju raya, tudung raya, kasut raya, juadah raya dan sebagainya.
Bercakap pasal persiapan raya ni, tudung merupakan item kedua penting selepas baju raya almaklum dah siap beli baju raya kenalah beli tudung raya pula, betul tak? Hah, bagi yang dah penat cari tudung raya tapi tak jumpa yang berkenan, kamu boleh tengok tudung-tudung raya yang selebriti popular ni jual!
#1 Neelofa – Neelofar Memboloti carta nombor satu pastinya jenama tudung Neelofar milik Neelofa. Koleksi tudung raya 2020 tahun ini sangat menawan dengan corak flora. Malah penggunaan warna-warna lembut pasti akan mencuri tumpuan kamu bagi yang ingin mencari tudung dengan rona warna lembut dan elegan.
View this post on Instagram Easy tutorial on how you can style Elle this Eid. A perfect match to your Raya outfit! You’ll be spoiled for choice as Elle comes in 4 beautiful colour ways. So, which colour suits your look? Comment below! #Naelofaraya2020 #GoNaelofar #Naelofar
A post shared by Naelofar Official ( HQ ) (@naelofar) on Apr 27, 2020 at 5:55pm PDT
Foto – Arkib Wanista #2 Siti Sarah – Loveta Scarves Hah, koleksi tudung raya dari Loveta Scarve milik Siti Sarah ni memang laku keras! Bukan saja material kainnya ringan, malah ia juga mudah di bentuk dan cantik terletak mengikut bentuk muka si pemakai. Tudung raya yang dijual oleh Siti Sarah ni hadir dengan pelbagai rona warna yang menarik hati, serius tak rugi beli.
View this post on Instagram Korang suka color mana satu? Tolong pilih jap mana lagi LOVE 😘 . Atas? Tengah? Bawah? . Sila komen okay 😘
A post shared by LOVETA SCARVES BY SITI SARAH (@lovetascarves) on Apr 22, 2020 at 5:33am PDT
Foto – Arkib Wanista #3 Nora Danish – OWL Siapa tak kenal dengan wanita jelita dan pelakon popular Nora Danish, tahun ni apa kata kamu lihat pula koleksi tudung dari jenama OWL milik Nora Danish ni. Bukan saja rona warnanya sedap mata memandang, malah coraknya juga sangat cantik. Siapa yang beli boleh dapatkan menerusi Shopee.
View this post on Instagram Ramadhan Kareem to all ♥️ @owlbynd shawl & outfit , picture shot in Iceland ( the great Seljalandsfoss waterfall ) 😍, Definitely one of my memorable trip with my lovely Owl crew & fam. Missing everyone 😭
A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on Apr 23, 2020 at 10:32pm PDT
Foto – Arkib Wanista #4 Yana Samsudin – Ayana Pelakon dan usahawan wanita berjaya iaitu Yana Samsudin sangat terkenal dengan koleksi tudungnya di bawah jenama Ayana miliknya sendiri.
Selebriti terkenal ni menghasilkan rekaan dan corak tudung yang pastinya kena dengan citarasa wanita moden di Malaysia. Jom apa tunggu la, serbu instagram Ayana untuk cari koleksi tudung raya sekarang.
View this post on Instagram hari ni sis belanja picture lady boss pakai pari aryana. cuba teka tudung ni siap inner ke x? sepatutnya pari aryna tudung kawen dgn inner kan? So mcm mn inner leh x nampak? haaas magic kan? tu la dia specialnya pari aryana ni boleh dipergayakan macam2 tau! Say nak! stock tinggal sikit jek tau.
A post shared by aYana by Yana Samsudin (HQ) (@ayanahijab) on Apr 18, 2020 at 7:15am PDT
Foto – Arkib Wanista #5 Hanis Zalikha – Cakenis Last but not least adalah pelakon, merangkap model dan juga usahawan wanita berkaliber adalah Hanis Zalikha. Yup, siapa tak kenal jenama Cakenis milik Hanis yang mengeluarkan rangkaian tudung dan selendang cantik dan menawan.
Malah rona warna yang dikeluarkan juga mengikut citarasa wanita, bagi yang dah tak ada idea nak cari tudung untuk raya tahun ni, boleh cuba tengok koleksi tudung di Cakenis ni. Gerenti tak mengecewakan.
View this post on Instagram The first step of styling this piece is to iron the seam. And from there you can work with it so easily doing endless styles! #CakenisPRGirl
A post shared by Cakenis™ (@cakenis) on Apr 14, 2020 at 8:10pm PDT
Foto – Arkib Wanista Jom cari tudung raya jenama selebriti kegemaran, memang cantik-cantik rekaan tudung yang seleriti popular kita tawarkan untuk kita semua.
Selamat membeli-belah♥
The post 5 Selebriti Popular Keluar Koleksi Tudung Raya 2020 Paling Cantik! appeared first on Wanista.com.

Donut Tanpa Yis Popular Di Luar Negara. Boleh Cuba Untuk Berbuka

April 30, 2020 rencah7 0

Donut tanpa yis kini sangat terkenal di negara seperti Jepun , Korea Selatan dan Taiwan. Kalau diadun doh belah pagi, petang sempat aje membuatnya untuk dijadikan menu untuk berbuka.
Donut ni sangat garing di luar dan lembut di dalam. Jom semak resipi perkongsian Fatin Damia ini, donut antarabangsa ni memang lah sedap rasanya.
DONUT TANPA YIS

BAHAN-BAHAN :.
Bahan A:
30gm tepung pulut
2 sudu makan air
Bahan B:
225 gm tepung pulut
50 gm gula pasir
1 sudu kecil baking powder
120 ml susu cair / susu full cream
1 biji telur size A
30 gm mentega / marjerin / shortening
CARA PENYEDIAANNYA :
1. Campurkan bahan A dan masak atas api sampai pekat sedikit. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, masukkan bahan bahan B dan masukkan juga bahan A yang telah sejukkan tadi. Gaul rata sampai menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh selama 1 jam dan tutup dengan kain bersih..
4. Selepas 1 jam, bentukkan ikut saiz dan bentuk yang disukai. Goreng menggunakan api kecil.
5. Setel..

‘Habis Beras 1 Tong, Dapur Macam Salji!’ – Ibu Kongsi Dugaan Apabila Anak Autisme Jadi Hyper Active

April 30, 2020 rencah7 0

Autism merupakan penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal. Nama autism itu sendiri berasal dari Greek yang bermaksud sendiri. Autism juga dikategorikan sebagai satu penyakit psikiatri menurut The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition (DSM 5) dan juga dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD).
Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ASD ini akan mempunyai masalah dari segi sosial, komunikasi verbal atau non-verbal dan masalah tingkahlaku. ASD tidak sama dengan penyakit Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) tetapi ada sesetengah kanak-kanak boleh mempunyai kedua penyakit ini sekali. Nurul Jannah Johari melalui laman Facebook Autisme Malaysia berkongsi tentang tingkahlaku anaknya yang mempunyai penyakit ASD ini.
Bilik Habis Tunggang Langgang
Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Betul betul menguji lagi kali nie. Kali yang ke berape ratus kali pun tak tahu. Tetapi kali ini sampai 3 tempat macam di landa Garuda. Anak syurga say..

Ikan Pari Datang Bulan, Sebab Tu Berbau Hancing!?

April 30, 2020 rencah7 0

Ikan pari sedap dibakar dan dibuat asam pedas.
Tapi masalah bila kita makan ada mengeluarkan satu rasa yang kurang menyenangkan, malah makan rasa semacam – seakan-akan bau hancing orang perempuan period. Penulis pasti anda pernah merasainya.
Tahukah orang tua-tua cakap ikan pari hancing disebabkan datang bulan. Tapi ikan pari bukan macam manusia tiap-tiap bulan haid, mereka setahun mungkin dua hingga tiga kali saja.
Bukan itu saja, banyak lagi benda menarik tentang ikan pari yang tidak diketahui..
#1 Ikan pari melahirkan anak sekali setiap tahun. Ikan pari betina mampu melahirkan anggaran dua hingga enam ekor anak yang mana ianya mampu hidup sekitar 15 sampai 25 tahun dalam habitat.
Foto – Culture Trip #2 Ikan pari berkait rapat dengan keluarga jerung. Cuma ikan pari tidak mempunyai rangka bertulang. Badannya hanya terdiri daripada tulang rawan sama seperti yang ada pada hidung dan telinga manusia.
#3 Ekor panjang pada ikan pari biasanya mempunyai sengat di pangkal ekor, dan ianya sangat beracun. Ada kes yang dilaporkan jika manusia tidak mengendalikan ikan pari dengan betul, maka sengatnya boleh hinggap di kaki atau tangan manusia. Tapi ada juga ikan pari yang tidak mempunyai sengat, contoh ikan pari bendera dan kelawar.
Foto – Unplash #4 Atas faktor mulutnya berada di bawah badan, ikan pari menjadikan spesis bercangkerang seperti kerang dan udang sebagai diet utamanya.
#5 Ikan pari tidak menggunakan mata untuk mencari mangsa. Disebabkan mata berada di atas badan, ikan pari hanya menggunakan elektro-sensor yang dikenali sebagai ‘ampullae of lorenzini’ untuk mencari makanan.
#6 Yang menarik, ikan pari biasanya hidup bersendirian, tetapi ada juga yang berkumpulan. Tidak seperti spesis yang hidup berkumpulan, ikan pari biasanya mengamalkan sikap solitary.
#7 Spesis terbesar ikan pari pernah direkodkan sepanjang 6.5 kaki dengan berat mencapai lebih 790 lb.
Foto – Wikipedia Penulis pernah tengok ikan pari ‘gedik’ sangat bila melihat manusia, lagi-lagi kaum lelaki. Entahlah pelik pula…
Korang pernah dengar cerita gerun tentang ikan pari?
RUJUKAN : 1, 2, 3
The post Ikan Pari Datang Bulan, Sebab Tu Berbau Hancing!? appeared first on Wanista.com.

KFC Nasi Kari Atuk Komfem Buat Korang Terliur Ramadhan Ni

April 30, 2020 rencah7 0

Ramadhan ini KFC melancarkan produk makanan terbaru iaitu ‘Nasi Kari Atuk’ menu baharu ini menampil set nasi Colonel, ayam goreng KFC (spricy atau original), sambal dan juga kuah kari atuk. Menu Nasi Kari Atuk ini akan mula dijual pada hari ini 30 April 2020.
Kari Atuk Istimewa Ramadhan Kari Atuk merupakan kuah kari yang disediakan dengan menggunakan rempah-ratus kari tradisional dan kuah ini juga dicampurkan dengan ubi kentang untuk penambah rasa dan tekstur.
Sudah namanya kari, pastinya penggunaan santan adalah bahan wajib dengan campuran santan ia menghasilkan rasa kari yang berlemak dan enak.
Set Kombo Nasi Kari Atuk KFC Terbaik Nasi Kari Atuk KFC ini dihidangkan menggunakan bekas beralaskan daun pisang dan ia hadir dengan set kombo 2 ketul ayam goreng, set kombo 3 ketul ayam goreng dan juga set kombo box meal.
Foto – Set Nasi Kari Atuk 3 Ketul Ayam Goreng Foto – Set Nasi Kari Atuk 2 Ketul Ayam Goreng Foto – Set Kari Atuk Box Meal Harga set kombo ini bermula dengan harga RM16.30 dan bagi yang ingin mendapatkan set ini boleh mendapatkan menerusi perkhidmatan bawa pulang, pandu laju dan penghantaran bermula hari ini, 30 April 2020 dan sehingga stok masih ada.
Perhatian: KFC menerima pesanan terakhir pada jam 7 malam sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan dan peraturan juga mungkin berbeza mengikut kawasan masing-masing.
Jom jangan ketinggalan dapatkan Nasi Kari Atuk menerusi laman sesawang KFC [SINI] atau muat turun aplikasi KFC Malaysia atau boleh terus pesan makanan melalui Foodpanda.
The post KFC Nasi Kari Atuk Komfem Buat Korang Terliur Ramadhan Ni appeared first on Wanista.com.