10 Tips Untuk Hilangkan Bau Durian ‘Menyengat’ Melekat Dalam Kereta

Cakap sahaja pasal musim buah, pasti ramai orang yang tertunggu-tunggu. Lebih-lebih lagi bila tibanya musim buah durian. Satu Malaysia akan kena penangan musim buah durian ini. Tidak kira di mana sahaja, pasti akan ada orang yang menjual buah durian di tepi jalan raya. Pelbagai jenis durian dijual di pasaran seperti durian musang king, durian IOI, durian d-24, durian kampung dan pelbagai lagi.

Tidak dinafikan durian adalah buah kegemaran rakyat Malaysia, tetapi ada satu yang menjadikan durian ini lebih dikenali iaitu bau menyengat yang datang dari durian itu sendiri. Pasti bau durian ini merupakan masalah besar bagi orang apabila terpaksa membawa durian di dalam kereta untuk di bawa pulang. Usah risau lagi! Mari kita lihat beberapa petua yang boleh hilangkan bau durian di dalam kereta.

10 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Bau menyengat durian boleh melekat di dalam kereta sehingga beberapa hari lamanya dan ada masa boleh membuatkan orang sampai pening. Cuba praktikkan tips ini bagi menghilangkan bau dalam kereta.

1. Bungkusan Serbuk Kopi

Bungkus serbuk kopi dalam kain dan letakkan di dalam kereta. Aroma dari kopi itu akan menyerap segala bau durian yang ada dalam kereta anda. Biji kopi itu biasa digunakan oleh penjual minyak wangi bagi meneutralkan bau hidung.

2. Tangkai Durian

Durian yang dibeli pasti akan bertangkai, tangkai itu jangan dibuang malah patahkan tangkai tersebut dan belah hujung tangkai tersebut kemudian letakkan tangkai itu pada ruangan aircond kereta.

3. Menggunakan Roti Putih

Anda boleh ambil beberapa keping roti putih tidak kira jenama dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari. Roti juga boleh menyerap pelbagai bau dan roti tersebut akan mengeras. Jangan pula roti itu anda guna buat roti bakar.

4. Guna Arang

Jika anda tiada roti tetapi ada arang, anda juga boleh menggunakannya dan tinggalkan di dalam kereta selama beberapa hari. Bau itu akan diserap oleh arang.

5. Soda Bikarbonat

Soda bikarbonat bukan saja digunakan untuk membuat kek, ianya boleh digunakan sebagai penyah bau. Letak serbuk soda bikarbonat di dalam bekas terbuka dan tinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam dalam kereta. Ianya boleh juga ditabur tetapi perlu dibersihkan.

6. Guna Buah Nanas

Selain itu, buah nanas juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau. Anda hanya perlu potong separuh buah nanas itu dan letakkan di dalam kereta anda. Walaubagaimanapun cara itu pasti membuatkan anda berfikir dahulu.

7. Daun Pandan

Jika anda ingin menggunakan daun yang anda tanam sendiri di rumah, anda boleh menggunakan daun pandan yang boleh didapati di merata tempat. Anda hanya perlu letakkan daun pandan di dalam kerta dan bau itu akan hilang kerana aroma daun pandan itu sendiri.

8. Menggunakan Cuka

Hanya letakkan cuka di dalam but kereta. Cuka yang berasid ini boleh menghilangkan bau durian yang melekat dalam kenderaan anda. Selain itu cuka juga dapat menghalang kucing membuang najis di kawasan rumah.

9. Bungkus Buah Durian Terlebih Dahulu

Cara yang senang juga adalah dengan hanya membungkus durian itu dahulu sebelum meletak dalam kenderaan. Anda boleh membungkusnya dengan beberapa lapisan bag plastik dan ikat dengan kemas.

10. Buka Tingkap

Perkara yang paling penting ialah anda perlu membuka tingkap kereta dan jangan buka aircond supaya bau itu tidak terperangkap dalam kereta anda. Ketika parking jangan tutup penuh tingkap dan biarkan sedikit terbuka bagi bau itu keluar dan udara segar masuk ke dalam kereta.

(Visited 5 times, 1 visits today)