10 Produk Kecantikan Terbaik Ini Milik Orang Kulit Hitam

Sebut saja produk kecantikan pasti terbayang lambakkan produk yang terdapat di pasaran masa kini, tambahan lagi kini wanita lebih banyak memonopoli dunia kecantikan dengan menghasilkan banyak produk-produk kosmetik bermutu tinggi dan bagus untuk kesihatan.

Sedar atau tidak kebanyakan produk kosmetik yang best-best ini datangnya dari milik orang kulit hitam. Jom kita selongkar produk kosmetik milik usahawan wanita kulit hitam ini di bawah.

#1 Jacq’s

Foto – Arkib Wanista

Produk kosmetik kecantikan dari jenama Jacq’s ini diasaskan oleh seorang ibu dan juga bekas pesakit kanser iaitu Barbara Jacques. Jenama ini memfokuskan penggunaan dari bahan-bahan tropika dan semula jadi bebas dari bahan-bahan sintetik (vegan and cruelty free).

Antara rangkaian produk yang terdapat dalam jenama Jacq’s ini adalah krim pencuci muka, krim pelembap muka, toner, sabun pembersih, skrub dan banyak lagi.

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

#2 Foxie Cosmetics

Foto – Arkib Wanista

Foxie Cosmetics ini dihasilkan sendiri oleh penyanyi Kayla Phillips, produk yang dihasilkan oleh Kayla menerusi Foxie Cosmetics ini merangkumi penjagaan kulit, sabun bom, sabun, penjagaan rambut, wangian dan produk dekorasi rumah.

Produk kosmetik dari jenama Foxie Cosmetics ini diperbuat daripada sumber semula jadi dan bebas kekejaman (vegan and cruelty free).

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

#3 Fenty Beauty

Foto – Arkib Wanista

Fenty Beauty milik selebriti terkenal dunia Rihanna sangat digilai ramai wanita dari seluruh dunia. Rangkaian produk dari jenama Fenty Beauty ini merangkumi primer, foundation, maskara, gincu bibir, body luminizer, bronzer dan pemerah pipi.

Boleh dikatakan hampir semua produk kosmetik di bawah jenama ini sangat di minati ramai dek kerana pelbagai variasi, warna dan teksturnya yang best.

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

#4 Uoma Beauty

Foto – Arkib Wanista

Uoma Beauty antara jenama kosmetik yang kuat bertapak dalam industri kosmetik, bukan itu saja Uoma Beauty juga telah mendapat anugerah ‘Award Winning Foundation’ dengan menghasilkan 51 jenis krim foundation untuk kulit wanita.

Kosmetik hebat ini telah diasaskan oleh Sharon Chuter yang berasal dari Nigeria, jenama kosmetik ini juga merangkumi pelbagai variasi warna gincu dan juga pensil kening.

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

#5 Pat McGrath Labs

Foto – Arkib Wanista

Pat McGrath mendapat gelaran ‘Ibu Segala Mekap’, dirinya mendapat gelaran tersebut kerana setiap apa yang dihasilkan pasti produk tersebut meletup dan menjadi ikonik dalam dunia kosmetik dan kecantikan.

Jenama Pat McGrath Labs yang diasaskannya ini sangat popular di kalangan selebriti, produk yang terdapat dalam jenama ini adalah pelbagai variasi gincu bibir, lip balm, pensil bibir, lip gloss, eyeshadow, eyeliner, maskara, foundation, concealer, primer, highlighter dan banyak lagi.

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

#6 Aba Love Apothecary

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang gemar dengan produk kosmetik yang menggunakan tumbuh-tumbuhan perubatan maka jenama kosmetik Aba Love Apothecary adalah yang terbaik dan paling bagus untuk kamu guna.

Kosmetik ini diasaskan oleh Aba Gyepi-Garbrah, dirinya yang minat mendalam tehadap tumbuhan perubatan menghasilkan produk kecantikan dan kosmetik yang menyihatkan untuk kulit wanita.

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

#7 Golde

Foto – Arkib Wanista

Inginkan kulit sentiasa kekal sihat dan bertenaga, kamu mungkin boleh mencuba Golde yang menggunakan superfoods sebagai sumber bahan bagi menghasilkan kosmetik dan produk kecantikannya.

Jenama yang diasaskan di Brooklyn oleh pengasas dan juga CEO Trinity Wofford pada tahun 2017 ini, menampilkan rangkaian produk yang bersumberkan superfoods bagi mengekalkan kulit sentiasa sihat, kuat dan berseri.

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

#8 The Lip Bar

Foto – Arkib Wanista

Gincu yang terdapat di pasaran kini selain daripada campuran bahan kimia, banyak pengasas produk kosmetik kini beralih arah dengan menghasilkan produk mereka bebas dari bahan kimia dan kekejaman.

Jenama The Lip Bar yang diasaskan oleh Melissa Butler ini adalah salah satu produk yang menggunakan tumbuhan dan bahan semula jadi bagi menghasilkan gincu serta produk mekap yang lain menyihatkan serta dalam masa yang sama membuatkan wanita cantik menawan.

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

#9 Beauty Bakerie Makeup

Foto – Arkib Wanista

Kosmetik Beauty Bakerie Makeup yang diasaskan oleh Cashmere Nicole ini antara produk kosmestik yang digemari ramai.

Beauty Bakerie Makeup menawarkan rangkaian produk mekap yang menyeluruh seperti lip gloss, matte lip whips, metallic lip whips, eyeshadow, eyeliner, maskara, concealer dewy, minyak muka, foundation dewy, highlighter, setting powder, setting spray dan palet.

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

#10 Sacha Cosmetics

Foto – Arkib Wanista

Tahu tak Sacha Cosmetics ini dibangunkan oleh Kama Maharaj kerana diri lihat tiada mekap untuk wanita dari pelbagai jenis etnik. Kini kosmetik ini telah bertapak kukuh dalam industri kosmetik dan kecantikan selama 41 tahun, Sacha Cosmetics kini memiliki 500 cawangan dalam 45 buah negara!

Sacha Cosmetic menawarkan rangkaian mekap yang pelbagai sesuai untuk kulit wanita dari pelbagai jenis etnik dan warna kulit.

Website: [SINI]

Instagram: [SINI]

Banyak lagi produk-produk kosmetik yang bagus dan terdapat di pasaran diasaskan oleh orang kulit hitam, jadi ada tak produk kosmetik di atas yang kamu dah cuba?

Rujukan: 1, 2, 3,

The post 10 Produk Kecantikan Terbaik Ini Milik Orang Kulit Hitam appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)